😊 Hakikat memadamkan kepalsuan 😊
.......
Ramai mereka yang dilihat biasa tapi luarbiasa
ramai mereka yang dilihat luarbiasa
tapi mereka adalah biasa…
.
Uwais Al-Qarni dilihat biasa
sehingga tiada manusia bumi yang menghiraukannya
tetapi hakikatnya dia adalah luarbiasa
.
dia dicintai Nabi walaupun tiada menemuinya
dia adalah sebaik-baik tabieen di zamannya
tiada pujian, harta, wanita yang dapat mengugah keimanannya
.
Dia bagaikan sebuah gunung yang kukuh
pintu langit terbuka untuknya ketika berdoa
Allah sentiasa menghadapkan wajahNya kepadanya dengan penuh cinta…
.
Al-Bal'am dan Al-Basyisor adalah manusia luarbiasa
kealiman, kewarakan dan karamahnya amat disanjung
.
segala kalamnya dipatuhi, sang raja tunduk padanya
namun dia adalah manusia biasa di sisi Allah
yang tiada tahan dengan pujian dan kemewahan
.
yang tiada tahan dengan pujukan wanita
sehingga langit menutup pintu padanya
dan Allah tiada memandang pada wajahnya
.
melainkan dengan penuh kemurkaan
sehingga ditutup pintu keimanan
akhir kalamnya Dia dalam kekufuran…
.
Pandangan syariat berbeza dengan pandangan hakikat
Pandangan Allah berbeza dengan pandangan manusia
Rasulullah s.a.w pernah ditegur Allah
.
kerana menganggap pemuka Quraisy mempunyai nilai
sehingga memalingkan wajahnya yang mulia dari Ibnu Makhtum yang buta
sedangkan di sisi Allah
.
pemuka Quraisy tiada nilai apa-apa di sisiNya
Ibnu Makhtum itu lebih mulia dan dicintai
lantaran sekeping hati yang mencintai Allah dan Rasul
.
sekeping hati yang bersih meronta mahu mencari hidayah
sehingga akhirnya Rasulullah Habibullah memahaminya
lalu ditinggalkan majlis pemuka-pemuka Quraisy yang tiada nilai
dikejarnya Ibnu Makhtum yang bernilai di sisi Allah…
.
Syariat dapat dilakonkan, maka Allah tiada memandangnya
ia hanya tempat nilaian manusia yang rendah nilai pandangannya
hakikat adalah kebenaran dalam qalbu
.
ia tempat pandangan Allah
ia tempat nilaian Allah
ia adalah diri yang akan dibongkarkan di akhirat
ia tempat pandangan para Arifbillah
.
mereka melihat dengan pandangan Allah
melihat tiada tertipu dengan ilmu, bicara, kitab dan pakaian sang alim
.
tiada tertipu dengan ketekunan ibadah para ahli abid
tiada tertipu dengan zikir, cinta, dzauk, kasyaf dan tangisan para ahli tarekah
tiada tertipu dengan dermawan para dermawan
tiada tertipu dengan sifat tawadhu, zuhud, khidmat dan kebaikan
.
mereka tiada tertipu apa saja yang zahir yang dizahirkan
mereka melihat rupa di sebalik rupa itu
wajah hakikat memadamkan wajah syariat
sang Arif hanya tersenyum
.
melihat pelakon-pelakon dunia yang hebat lakonannya
bicaranya memuja Allah
sedangkan ia memuja nafsunya
.
bicaranya mencintai Nabi
sedangkan Dia mencintai dirinya
kelakuannya adalah ibadah
tetapi sebenarnya ia menyembah nafsu ketuhanan dirinya
.
amalannya seperti ahli sufi
tetapi batinnya bagaikan seperti serigala yang sentiasa mengintai mangsa untuk dirobek dagingnya…
.
Orang biasa yang luarbiasa
mereka pemilik jiwa orang dicintai Allah
.
jika ditanya apakah kelebihan mereka
nescaya mereka tiada mengetahui
.
jika dipuji, nescaya mereka malu menerimanya
jika dalam majlis, datangnya tiada disedari, pulangnya tiada diketahui
.
jika ditanya ilmu, nescaya mereka hanya mengatakan kadar untuk ibadahnya
jika ditanya amal, nescaya mereka hanya menjawab sekadar yang wajib dan sedikit yang sunat
.
jika ditanya harta, nescaya dijawab sekadar untuk melepaskan keperluan kehidupan
namun jika ditanya pada hati
.
nescaya mereka mengatakan aku hanya insan yang sederhana dan daif disisi Allah
kerana mereka tiada memiliki apa-apa kelebihan yang mahu dibanggakan
.
namun mereka sudah berada separuh jiwa aulia
jika digilap, nescaya cahayanya memancar ke langit menembusi langit kerahsiaan…
.
Berhati-hati dalam kehidupan
jangan hanya terpukau pada yang zahir sahaja
indah yang zahir tak semestinya indah yang batinnya
namun…
.
cahaya kebenaran dan kebatilan hampir sama
disangkanya cahaya tetapi kepalsuan
disangkanya kegelapan tetapi kebenaran
.
banyakkan selawat pada zaman yang penuh penipuan
agar cahaya Rasul menyelinap dalam jiwamu
dengan cahaya itu engkau dipelihara
dari kepalsuan segala rupa syariat
.
dari segala penipuan para pelakon-pelakon dunia
sehingga dirimu bertemu
para murabbi yang benar
.
memimpin tanganmu menanggalkan topeng kepalsuan
menuju kepada kehidupan hakikat
sehingga engkau melihat kebatilan dirimu
.
banyak bermain-main ditepian pantai
tiada engkau menyelam dalam lautan
.
jika benar engkau menemuinya
dan engkau akan memakai pakaian hakikat
pakaian para kekasih Allah yang Haq
merekalah pewaris Nabi pembawa kebenaran
bukannya pembawa pada bayang-bayang kepalsuan…
.
Carilah hakikat
berhentilah bermain bayang-bayang…
.......
Carilah Guru yang siddiq lagi mursyid dan bergurulah dengannya sehingga faham kepada makna dan beramal keranaNya. Usah hanya baca dan dengar lalu terus beramal tanpa pantauan dari Guru. Kelak binasa kerana tipu daya dan helah syaitan dan iblis yang tercela, Nauzubillah.
*Credits buat penulis asal nukilan ini, whoever you are, thank you :)
Saturday, 28 February 2015
Friday, 27 February 2015
Jadual waktu sistem badan

SEMUA PERLU TAHU:
************************
Jadual Waktu Sistem Badan Manusia!
Waktu Pagi
3:00 am – 5:00 am
Paru-paru – Ini adalah waktu terbaik untuk bangun dari tidur. Ketika ini terdapat lebih banyak kandungan ozon di udara. Ini akan memberi satu sumber tenaga yang baru jika mengamal latihan pernafasan, yoga serta bertakafur. Mereka yang mempunyai asma tidak patut tidur waktu ini dan boleh merasai kesukaran bernafas.
5:00 am – 7:00 am
Usus Besar - Mereka yang bangun tidur pada waktu ini tidak akan menghadapi masalah sembelit. Jika membuang air besar dan mandi dengan air sejuk diselesaikan dalam waktu ini, masalah kegugupan boleh dihindarkan.
7:00 am – 9:00 am
Perut - Sarapan patut diambil dalam tempoh masa ini.
9:00 am – 11:00 am
Limpa – Tidak minum dan makan waktu ini walaupun setitik air. Jika makan pada waktu ini akan mengakibatkan suhu badan meningkat, menambahkan keletihan dan mengurangkan tahap pencernaan. Ini lebih terserlah pada pengidap diabetes yang akan merasa kegigilan dan mengantuk.
Waktu Tengahari
11:00 am – 1:00 pm
Jantung – Hanya air sahaja yang diambil pada ketika ini. Tidak sepatutnya melakukan kerja berat atau tidur di masa ini. Jika tidak lebih karbon dioksida akan bercampur dengan oksigen. Ini akan meningkatkan kemungkinan terkena serangan jantung,lumpuh atau kesakitan badan. Kebiasaannya pihak hospital akan lebih berjaga-jaga pada waktu ini kerana pesakit jantung dan diabetes berkemungkinan diserang sakit jantung berbanding pada waktu lain.
Petang
1:00 pm – 3:00 pm
Usus kecil – Makan tengahari pada waktu ini. Selepas itu duduk & tutup mata untuk rehat selama 5 minit. Elakkan dari tertidur.
3:00 pm – 5:00 pm
Pundi Kencing – Sesuai untuk mengambil minuman seperti jus buah atau teh.
5:00 pm – 7:00 pm
Buah Pinggang – Ini adalah masa untuk bersantai dan rehat dari kerja harian. Jika tidak akan memudaratkan ginjal dan jangkitan salur kencing.
Waktu Malam
7:00 pm – 9:00 pm
Dinding Jantung – Makan malam patut diambil pada waktu ini. Jika tidak akan menimbulkan getaran atau sakit di dada.
9:00 pm – 11:00 pm
Ini adalah masa untuk mengembalikan semula tenaga organ-organ yang bekerja sejak pagi. Oleh itu sebaiknya waktu ini seseorang itu hendaklah baring dan bersedia untuk tidur. Elakkan dari membaca buku, menonton tv atau bekerja.
11:00 pm – 1:00 am
Hempedu – Waktu tidur. Jika masih berjaga akan menyebabkan badan kekurangan tenaga untuk bekerja di hari esoknya.
Waktu Lewat Malam
1:00 am – 3:00 am
Hati – Waktu tidur lena. Jika tidak akan memberi kesan kepada penglihatan dan badan lesu.
Itulah ringkasan jadual waktu badan manusia.
# KITA MANUSIA N BUKAN ROBOT #
~ FIKIR2 KAN ~
Paka
Trip ke Paka Terengganu pada 23-25 Feb 2015
Peta ke Paka
Petronas. Tempat proses minyak di Paka.
Rombongan jemaah yang turut serta, sorang lagi tengah ambil gambar. Rafiq Rajus. Terima kasih rafiq :P
Tugasan bermula pada hari kedua di Paka. Berpeluang bertemu dan mengenali ramai orang di sana yang memerlukan khidmat nasihat strategi kewangan Islam. Antaranya Tuan Haji Aziz. Seorang pemilik perniagaan memanah dan kelas menunggang kuda di sana. Orang baik yang lembut tutur katanya. Alhamdulillah,
Pakteh sedang sharing dengan kaum hawa di sana tentang simpanan umrah dan haji. Cayalah pakteh!
Saudara Ibrahim sedang menurunkan ilmu yang penuh sesak di dada.
Gambar kenangan bersama Coach Tuan Hj Abdul Jalil. Beliau telah berjaya bantu melahirkan puluhan anak melayu untuk mecapai pendapatan yang tinggi dan ada yang mencapai status Jutawan hasil didikan beliau. Mudah-mudahan lepas ni saya juga dapat capai matlamat saya. :) Syabas!
Bergambar berjemaah di Awana Kijal.
*Congkak sekadar hiasan*
Tema hari ketiga warna merah!
On the way balik sempat singgah pantai ni, kalau tak silap area Kemasek. Cantik kan? :D
Bot-bot sedang berehat dari tugas.
Merenung masa depan hehe :P
Si zombi dan si gila dari ganu part 1 hehe
Si zombi dan si gila part 2 hee :P
Pantai
Geng ayam dan kucing
Pantai lagi
dan lagi!
daaannnn lagi! hehehe
mencari ikan duyung yang macam maya karin tu :P
haaa..ni lah dia si rafiq rajus yang tolong ambil gambar tu. hehe
a.k.a si zombi hehe
indah sungguh ciptaan Tuhan. Subhanallah.
Pakteh tengah enjoy sotong tepung dia, makan sorang lak tu!
"Breath taking"
:)
:)
Perjalanan pulang ke KL
Jumpa lagi Paka!
Yeeehaaaaa!
Sekian,
p/s : background mahal tu beb :P
Wednesday, 25 February 2015
Kisah Faisal Hussein a.k.a Wong Fei Hung
MENGUNGKAP RAHSIA KEBANGKITAN ISLAM DI NEGARA CINA :
LAGENDA LAKSAMANA WONG FEI HONG SEORANG ISLAM
Semalam ada mendengar satu kuliah dari seorang ustaz yang mengatakan Wong Fei Hong adalah seorang islam,oleh itu bersempena dengan tahun baru cina ini admin ingin berkongsi serba sedikit kisah tentang Wong fei Hong yang selama ini watak nya banyak dimainkan oleh pelakon terkenal Hong Kong iaitu Jet Li,namun begitu admin tidak mahu menyalahkan ummat islam semata-mata kekaburan tentang sejarah Islam kerana sebagaimana kita tahu dunia banyak memadam sejarah tentang kehebatan Islam,oleh itu disini admin suka ingin berkongsi tentang Profil Wong Fei Hong:
Wong Fei Hung (Faisal Hussein Wong) ternyata muslim dan ia adalah ulama yang handal dalam kungfu dan beliau juga seorang tabib. Selama ini kita hanya mengenal Wong Fei Hung sebagai jaguan Kung fu dalam filem Once Upon A Time in China. Dalam filem itu yang dilakonkan oleh Jet Li.
Namun siapakah Wong Fei Hung sebenarnya? Wong Fei Hung adalah seorang Ulama, ahli farmasi, beliau juga sangat mahir dalam ilmu bidang bela diri,Wong Fei Hung adalah seorang legenda dan beliau ditetapkan sebagai Pahlawan Nasional China oleh pemerintah China. Namun kerajaan China sering berupaya mengaburkan identiti Wong Fei Hung sebagai seorang muslim demi menjaga imej kekuasaan Komunis di China. Wong Fei-Hung dilahirkan pada tahun 1847 di Kwantung (Guandong) dari keluarga muslim yang taat. Nama Fei pada Wong Fei Hung merupakan dialeg Canton untuk menyebut nama Arab, Fais. Sementara Nama Hung juga merupakan dialeg Kanton untuk menyebut nama Arab, Hussein. Jadi, bila dibahasa arab-kan, namanya ialah Faisal Hussein Wong. Ayahnya, Wong Kay-Ying adalah seorang Ulama, dan tabib ahli ilmu perubatan tradisional, serta ahli bela diri tradisional Tiongkok (wushu / kungfu).
Ayahnya memiliki sebuah klinik perubatan bernama Po Chi Lam di Canton (ibukota Guandong). Wong Kay-Ying merupakan seorang ulama yang menguasai ilmu wushu peringkat tertinggi. Ketinggian ilmu bela diri Wong Kay-Ying membuatkan dirinya dikenali sebagai salah satu dari Sepuluh Harimau Kwantung. Kedudukan Harimau Kwantung ini di kemudian hari diwariskannya kepada Wong Fei Hung. Kombinasi antara pengetahuan ilmu pengobatan tradisional dan teknik bela diri serta ditunjang oleh keluhuran budi pekerti sebagai Muslim membuat keluarga Wong sering turun tangan membantu orang-orang lemah dan tertindas pada masa itu. Karena itulah masyarakat Kwantung sangat menghormati dan mengidolakan Keluarga Wong. Para pesakit yang berubat di balai pengubatan keluarga Wong pada umumnya berasal dari kalangan miskin yang tidak mampu membayar biaya untuk berubat.
Walau begitu, Keluarga Wong tetap membantu setiap pesakit yang datang, Keluarga Wong tidak pernah pandang bulu dalam membantu, tanpa mempedulikan suku, ras, agama, semua dibantu tanpa pilih kasih. Secara rahasia, keluarga Wong terlibat aktif dalam gerakan bawah tanah melawan pemerintahan Kerajaan Ch'in yang korup dan zalim. Kerajaan Ch'in adalah Kerajaan yang menggulingkan kekuasaan Kerajaan Yuan yang memerintah sebelumnya. dan Kerajaan Yuan adalah satu-satunya kerajaan di kekaisaran china yang mayoritas anggota keluarganya menganut agama islam
Wong Fei-Hung mulai mengasah bakat bela dirinya sejak berguru kepada Luk Ah-Choi yang juga pernah menjadi guru ayahnya. Luk Ah-Choi inilah yang kemudian mengajarnya dasar-dasar jurus Hung Gar yang membuat Fei Hung berkembang kemudian melahirkan Jurus Tendangan Tanpa Bayangan sebuah jurus yang terkenal hingga sekarang. jurus Hung Gar merupakan jurus andalan dari Hung Hei-Kwun, abang seperguruan Luk Ah-Choi. Hung Hei-Kwun beliau adalah salah seorang pendekar Shaolin yang berhasil meloloskan diri dari peristiwa pembakaran dan pembunuhan oleh pemerintaha Kerajaan Ch'in
Pada 1734. Hung Hei-Kwun memimpin pemberontakan bersejarah yang hampir saja mengalahkan Kerajaan penjajah Ch'in yang datang dari Manchuria ( yang sekarang kita kenal dengan Korea). Setelah berguru kepada Luk Ah-Choi, Wong Fei-Hung kemudian berguru dengan ayahnya sendiri pada awal usia 20-an tahun, beliau telah menjadi ahli perubatan dan bela diri terkemuka. Bahkan beliau berhasil mengembangkannya menjadi lebih bagus. Kemampuan ilmu bela dirinya semakin sukar ditandingi dan beliau berhasil menciptakan Jurus Cakar Harimau dan Jurus Sembilan Pukulan.
Selain dengan tangan kosong, Wong Fei-Hung juga mahir menggunakan bermacam-macam senjata. Masyarakat Canton pernah menyaksikan langsung dengan mata kepala mereka sendiri bahwa hanya dengan sebuah tongkat beliau berhasil menewaskan lebih dari 30 orang jaguan pelabuhan yang berbadan tegap dan terkenal kejam di Canton. Dalam kehidupan keluarga, Allah banyak mengujinya dengan berbagai ujian. Seorang anaknya terbunuh dalam sebuah tragedi berdarah oleh mafia Canton. Wong Fei-Hung tercatat tiga kali bernikah karena isteri-isterinya meninggal dalam usia muda.
Setelah isteri ketiganya meninggal dunia, Wong Fei-Hung memutuskan untuk hidup sendiri sampai kemudian ia bertemu dengan Mok Gwai Lan, seorang perempuan muda yang kebetulan juga ahli bela diri. Mok Gwai Lan ini kemudian menjadi pasangan hidupnya hingga akhir hayat. Mok Gwai Lan turut mengajar bela diri pada kelas khusus perempuan di perguruan suaminya. Wong Fei-Hung meninggal dengan meninggalkan nama harum yang membuatnya dikenal sebagai seorang yang mulia, salah satu pilihan hidup yang diberikan Allah kepada seorang muslim selain mati Syahid. Semoga segala amal ibadahnya diterima di sisi Allah Subhanahu wa Ta'ala dan semoga segala kebaikannya menjadi teladan bagi kita, generasi muslim yang hidup setelahnya,Aamiin ya Allah
Wednesday, 4 February 2015
SILAT MASIH RELEVAN
"Berdiri usah mendabik dada,
Kelak nanti musuhkan menjelma,
Ibarat padi rendah tunduknya,
Bila diceroboh mudahan Allah pelihara.
.
Burung helang tinggi terbangnya,
Namun hinggap ia ke bumi jua,
Perlu adanya ilmu di dada,
Sebagai syarat fitrah manusia.
.
SILAT MASIH RELEVAN di zaman ini.
Hanya dua tangan dan dua kaki mahirkanlah ia.
Moga menjadi benteng pertama,
menjaga nyawa amanah Yang Esa"
.
Belajarlah ilmu pertahan diri SILAT CEKAK PUSAKA HANAFI yang sememangnya Asli lagi suci dari amalan tahyul dan khurafat.
Semakin berisi, semakin tunduk ke bumi.
Lawat : http://www.silatcekakhanafi.org/
Credit photo : Nabil Ibrahim
Subscribe to:
Posts (Atom)