Saturday 3 October 2015

Mindset yang perlu ketika diduga

Masa ditemukan dengan lorong sempit dan gelap, busuk dan kadang-kadang jalan mati di depan, itulah masa penting yang perlu untuk dihadapi. Situlah 'kuliah' yang kita perlu hadir pada masa itu.

Ibarat seperti kuliah jarak jauh yang tidak nampak mana lecturernya namun tetap perlu kita siapkan assignment di depan mata.

Kalaulah tidak kita terlebih dulu mengenal apa erti susah dan payah, jahat dan gelap, apa mungkin dapat kita kenal dan detect lalu hargai makna sebenar kebaikan dan kebenaran, kesenangan dan kejayaan yang sebenar?

.

Dalam sebuah hikayat menceritakan kisah para malaikat yang erkerja di dalam bilik-bilik tugasan, satu bilik adalah bilik PERMOHONAN dan sebuah lagi bilik KESYUKURAN. Kelihatan di dalam bilik permohonan sentiasa dalam keadaaan sibuk dan active kerana terlalu banyaknya permohonan yang perlu 'diproses' dan 'disubmit', lain ceritanya di bilik kesyukuran, hanya beberapa helai sahaja kertas-kertas kesyukuran yang diporses dan disubmit.

.

Kerana kita banyak memohon dan bila permohaonan diterima dan berjaya kita terlupa untuk mengucapkan kesyukuran. Andaikata tidak kita mengenal apa erti susah payah, gelap dan jahat, mungkin saja kita akan tergolong di dalam golongan yang tidak mensyukuri pemberian dan nikmat yang dipinjamkan.

.

Masa lalu yang gelap dan masa akan datang yang belum pasti bagaimana rupanya adalah semua dariNya, maka harus wajib kita mensyukuri setiap yang diberikan buat kita walau mungkin kelihatan buruk, susah dan gelap pada pandangan mata kita, namun itulah yang terbaik di pandangan mata Yang Maha Mengetahui lagi Bijaksana.

.

Bila kita mula menghadrikan rasa kesyukuran dan penerimaan pada segala yang terhidang di depan kita, jiwa akan lebih tenang, hati akan lebih gemilang kerana kita sudah  mula tunduk pada 'Pemilik segala jadi' yang memiliki jiwa raga dan segala kehidupan kita semua.



.

Setiap yang gelap akan datang terang, tiap kesusahan akan datang senang.  Dengan syarat kita melihat dari sudut positif dan sangkaan yang baik senitasa pada Dia yang Maha Baik.

.

Indah hidup ini bila mula mengenali diri dan mengenali Tuhan pemilik diri.
Ucapkan syukur bukan untuk Tuhan, tetapi untuk diri. Itu adalah terapi terbaik bagi jiwa yang runsing dan mencari.

.

FR
Mahu dekat dengan Nabi
Mahu redha Illahi.



Wednesday 16 September 2015

World Record Holder !

AKHIRNYA!

Silat Cekak Pusaka Hanafi berjaya mencatit nama dalam rekod dunia sebagai 'THE LARGEST SILAT LESSON IN THE WORLD" dengan menghimpunkan seramai 12,393 ahli dan ahli bersekutu (bukan ahli) dalam acara MySilat MyFest 2015 pada tanggal 29/08/2015 bersempena dengan sambutan kemerdekaan dan 50 tahun penubuhan Silat Cekak di tanah air.

.




.

Lokasi pilihan adalah di Stadium Merdeka tempat dimana negara kita pertama kali melaungkan "MERDEKA" setelah dijajah sekian lama. Pemilihan lokasi ini sangat bermakna dan juga memberi kesan yang dalam kepada mereka yang mencintai sejarah melayu dan tanah melayu.

.

Mengikut syarat-syarat Guiness World Records, untuk mencatit nama dalam rekod dunia adalah sangat ketat dan perlu menetapi segala yang disyaratkan. Seperti had minima penyertaan, pakaian, susunan, had minima masa persembahan dan sebagainya.

Antara lain syarat adalah, acara yang melibatkan Persilatan Melayu mestilah dilengkapi dengan permainan gendang dan alatan muzik tradisional, sebagai contoh : rebana ubi, gendang ibu, gendang anak, bedok, kesi, gong, tetuang dan sebagainya.

.

Team Muzik Officially Amazing!


-


-


-


.

Pergerakan serentak dengan dilatih secara langsung oleh YM Sheikh Dr Hj Md Radzi Hanafi selaku Pewaris Mutlak Silat Cekak menyaksikan bahawa untuk mempelajari ilmu perlu adanya Guru dan adanya murid yang mentaati. 

.


.


.


.


.


.

Acara persembahan demonstrasi Silat!

.


.


.

Sekitar hari kejadian!

.





.

Mereka sedang berada di bawah pancaran matahari namun tetap tersenyum, salute!

.


















.

Wajah-wajah gembira para peserta !

.








.


Saat banner bertukar 'headline' dari Attempt kepada World Record Holder!
Officially Amazing!

.





.

Antara ahli-ahli yang pulang ke tanah air dari Jepun dan Netherland! Salute!

.


.


.

Pengumuman didiumukan oleh wakil GWR, Miss Fortuna Major dengan diiringi oleh YM Tuan Guru dan YB Khairy Jamaludin!

.







.

Keratan akhbar !

.







.

Momento MySilat MyFest 2015 !

.


.



.

Antara wajah-wajah 'behind the scene' !

.








World Class Drone Pilot!

.




Silat Cekak Pusaka Hanafi dengan diterajui oleh Pewaris Mutlak Silat Cekak telah membuktikan bahawa Silat masih lagi relevan di zaman ini sekaligus telah berjaya memartabatkan nama agama, bangsa dan negara melalui Silat Melayu.

Officially & Truly AMAZING!



Syukur Alhamdulillah!

TAKKAN SILAT HILANG DI DUNIA!

.

Http://www.silatcekakhanafi.org

Photo credits : Team Media Officially Amazing dan ahli-ahli yang merakamkan detik-detik bersejarah ini.