Monday, 15 December 2014

Sorok Duit dengan 3 Kaedah



SOROK DUIT ANDA DENGAN 3 KAEDAH INI




1. Simpanan jangka pendek yang mudah cair. Yang ni boleh simpan di akaun-akaun bank biasa atau lebih bagus tabung haji. Kalau tidak digunakan dalam setahun ada keuntungan sekitar 4-5% setahun.

.


2. Simpanan jangkamasa sederhana. Yang ini boleh dicairkan dalam tempoh masa 3-5 tahun. Simpankan di dalam dana-dana amanah atau dikenali sebagai 'Unit Trust'. Kenapa 3-5 tahun? Sebabnya, kebiasaan dalam pelaburan dinasihatkan dibiarkan dalam tempoh sebegini bagi memberi ruang masa untuk berkembang dan meraih keuntungan. Selain unit trust bodies seperti CWA dan Public Mutual, boleh juga melabur dalam unit amanah yang terdapat di dalam akaun Takaful yang berdasarkan "Investment Linked". Tempoh masanya juga sama seperti di atas.

.


3. Simpanan jangkamasa panjang. Tempoh 10-25 tahun. Yang ini elok simpan di dalam akaun Takaful yang berdasarkan 'Investment Linked" dengan kadar pulangan 6-20% setahun. Disamping meraih keuntungan terdapat juga added value seperti benefit "income protection" , Lifetime Medical Cover, crisis cover dan sebagainya.

Selain Takaful, boleh juga diversify ke dalam komoditi emas dan hartanah. Sekiranya mahu buat pasif income elok melihat ke dalam pemilikan hartanah komersial seperti kilang, rumah kedai dan sebagainya untuk meraih keuntungan dari penyewa secara berterusan.

Ini hanya sebahagian cadangan yang sedang bermain di kepala. Kalau suka info ini silakan share. Semoga dengan sokongan anda akan membuatkan saya lebih bersemangat untuk menulis lagi. Semoga bermanfaat!






#financialplanning #financialplanner #shariahfinancialplanner#tekniksorokduit #simpansebelumhabis #simpandanuntung #investment#islamikinvestment #takaful #insurance #passiveincome #pasif#faizalromano

No comments:

Post a Comment