AKHIRNYA!
Silat Cekak Pusaka Hanafi berjaya mencatit nama dalam rekod dunia sebagai 'THE LARGEST SILAT LESSON IN THE WORLD" dengan menghimpunkan seramai 12,393 ahli dan ahli bersekutu (bukan ahli) dalam acara MySilat MyFest 2015 pada tanggal 29/08/2015 bersempena dengan sambutan kemerdekaan dan 50 tahun penubuhan Silat Cekak di tanah air.
.
.
Lokasi pilihan adalah di Stadium Merdeka tempat dimana negara kita pertama kali melaungkan "MERDEKA" setelah dijajah sekian lama. Pemilihan lokasi ini sangat bermakna dan juga memberi kesan yang dalam kepada mereka yang mencintai sejarah melayu dan tanah melayu.
.
Mengikut syarat-syarat Guiness World Records, untuk mencatit nama dalam rekod dunia adalah sangat ketat dan perlu menetapi segala yang disyaratkan. Seperti had minima penyertaan, pakaian, susunan, had minima masa persembahan dan sebagainya.
Antara lain syarat adalah, acara yang melibatkan Persilatan Melayu mestilah dilengkapi dengan permainan gendang dan alatan muzik tradisional, sebagai contoh : rebana ubi, gendang ibu, gendang anak, bedok, kesi, gong, tetuang dan sebagainya.
.
Team Muzik Officially Amazing!
Team Muzik Officially Amazing!
-
-
-
.
Pergerakan serentak dengan dilatih secara langsung oleh YM Sheikh Dr Hj Md Radzi Hanafi selaku Pewaris Mutlak Silat Cekak menyaksikan bahawa untuk mempelajari ilmu perlu adanya Guru dan adanya murid yang mentaati.
.
.
.
.
.
.
Acara persembahan demonstrasi Silat!
.
.
.
Sekitar hari kejadian!
.
.
Mereka sedang berada di bawah pancaran matahari namun tetap tersenyum, salute!
.
.
Wajah-wajah gembira para peserta !
.
.
Saat banner bertukar 'headline' dari Attempt kepada World Record Holder!
Officially Amazing!
.
.
Antara ahli-ahli yang pulang ke tanah air dari Jepun dan Netherland! Salute!
.
.
.
Pengumuman didiumukan oleh wakil GWR, Miss Fortuna Major dengan diiringi oleh YM Tuan Guru dan YB Khairy Jamaludin!
.
.
Keratan akhbar !
.
.
Antara wajah-wajah 'behind the scene' !
.
Silat Cekak Pusaka Hanafi dengan diterajui oleh Pewaris Mutlak Silat Cekak telah membuktikan bahawa Silat masih lagi relevan di zaman ini sekaligus telah berjaya memartabatkan nama agama, bangsa dan negara melalui Silat Melayu.
Officially & Truly AMAZING!
Syukur Alhamdulillah!
TAKKAN SILAT HILANG DI DUNIA!
.
Http://www.silatcekakhanafi.org
Photo credits : Team Media Officially Amazing dan ahli-ahli yang merakamkan detik-detik bersejarah ini.